Tips Pemilihan Baju Kurung Sempena Hari Raya

Salam Ramadhan :).


Saya ingin kongsikan tips pemakaian baju kurung yang sering menjadi pilihan anda semua apabila menjelang hari raya.

Cantik baju kurung ini? 

Baju kurung ini sesuai untuk individu yang mempunyai bentuk badan kon. Bentuk badan kon/ segitiga terbalik adalah individu yang memiliki bahu yang lebar dan bahagian bawah badan kecil. Ini kerana corak yang sarat pada bahagian bawah memberikan ilusi yang seimbang pada bentuk badan kon.

Baju kurung ini kurang sesuai pada individu yang berbentuk pear, yang memiliki bahagian pinggang yang besar. Ini kerana corak baju ini telah menunjukkan corat yang sarat.

Warna baju kurung ini sesuai untuk individu dalam kategori Cool Colour. 



Bagaimana pula dengan baju kurung ini?

Baju kurung ini sesuai pada individu yang memiliki badan yang besar (Grand). Ini kerana corak yang minimum dan menjalar ke atas. Ia memberikan ilusi yang tinggi kepada pemakainya. Individu yang berbentuk badan pear dan apple juga sesuai. 

Baju kurung ini kurang sesuai pada individu yang memiliki bentuk badan ruler. Bentuk badan ruler adalah individu yang mempunyai saiz yang sama dari bahagian atas badan dan juga bahagian bawah. Corak yang ada pada baju kurung ini memberikan ilusi yang lebih memanjang dan tinggi dengan corak yang menjalar ke atas tersebut.

Warna baju kurung ini sesuai untuk individu dalam kategori Warm Colour.

Seterusnya, bagaimana pula dengan baju kurung ini?


Baju kurung ini sesuai untuk individu yang memiliki bentuk badan pear. Bentuk badan pear adalah individu yang memiliki bahagian pinggul yang besar. Warna gelap bahagian pinggul tersebut memberikan ilusi yang seimbang untuk bentuk badan pear. Corak yang menjalar juga memberikan ilusi yang menarik di bahagian atas.

Baju kurung ini sesuai pada individu yang bentuk badan kon. Walaupun corak yang sarat di bahagian bawah, malah perbezaan warna di bahagian atas badan dengan bahagian bawah badan (gelap) akan memberikan ilusi yang bahu individu itu lebar.

Warna baju kurung ini sesuai untuk individu dalam kategori Cool Colour.

Akhir sekali perkongsiaan saya untuk baju kurung ini.


Baju kurung ini sesuai untuk individu yang mempunyai bentuk badan kon. Bentuk badan kon/ segitiga terbalik adalah individu yang memiliki bahu yang lebar dan bahagian bawah badan kecil. Ini kerana corak yang sarat pada bahagian bawah memberikan ilusi yang seimbang pada bentuk badan kon. 

Baju kurung ini kurang sesuai pada individu yang berbentuk pear, yang memiliki bahagian pinggang yang besar. Ini kerana corak baju ini telah menunjukkan corat yang sarat. Baju kurung ini juga kurang sesuai pada individu dalam kategori grand.

Warna baju kurung ini sesuai untuk individu dalam kategori Cool Colour.

Harap tips ini dapat membantu pemilihan anda untuk baju hari raya anda.

Salam imej anggun.

Syasheril Al Habshee, CPIC 







Imej Pelajar Cemerlang di Institut Latihan DBKL

Salam imej cemerlang,

Syukur telah diundang oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam slot Bicara Pagi sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pusat Tusyien 2011, DBKL. Diberikan amanah untuk memberikan slot tentang Imej Pelajar Cemerlang. Seramai 300 orang pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM telah berada dalam slot berkenaan. Ibu bapa kepada pelajar cemerlang juga turut serta dalam slot berkenaan. Maklum balas positif yang diterima. Sejuta penghargaan kepada pihak DBKL kerana memberi peluang dalam perkongsiaan ilmu ini dan diharap mendapat manfaat kepada seluruhnya.

                             

                                 

                                     

                                

                                     

                                 

Diharap mendapat peluang seterusnya dalam memberikan yang terbaik untuk semuanya. Insyaallah.

Syasheril Al Habshee, CPIC

Bersama 30 orang Pemimpin Pelajar dalam Imej Hebat Pemimpin

Salam imej ceria,

Alhamdulillah, hari ini 30 orang pemimpin pelajar dari Kolej Kedua, UPM telah didedahkan dengan ilmu berkaitan imej hebat seorang pemimpin. Sepanjang slot itu, peserta ini telah dapat mengetahui tentang salahlaku imej yang sering berlaku, cara pemakaian yang bersesuaian dan etiket sosial.
Peserta program telah memberikan maklum balas yang positif dan diharap mereka dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan mereka. InsyaAllah. 















Gambar diatas adalah gambar semasa slot dijalankan.

Harap dapat berkongsi ilmu lagi bersama dengan mereka akan datang.


Syasheril Alhabshee, CPIC

Boleh ke melalui pemakaian tentukan gaya personaliti anda?

Salam imej yakin,

Melalui pemakaian kita boleh lihat atau tentukan gaya personaliti? Wah, menarik. Pemakaian seseorang itu adalah bergantung kepada latar belakang, agama, cara didikan ibu bapa, persekitaran, dan kerjaya. Kepentingan mengetahui gaya personaliti adalah untuk memahami ciri-ciri dan potensi diri serta memudahkan individu merancang ke arah imej yang hebat dan seterusnya memberikan impak positif terhadap perhubungan dengan orang sekeliling. Terdapat 4 gaya personaliti yang boleh dilihat melalui pemakaian harian anda iaitu :-




Mari kita lihat apakah gaya personaliti si pemakai ini?

Gaya personaliti di atas adalah gaya NATURAL. Gaya personaliti ini cenderung memakai pakaian yang selesa, ringkas, mudah disarung, fabrik yang tidak memerlukan untuk diseterika, dan pemakaian yang minimal. Ciri-ciri si pemakai gaya ini adalah seorang yang ringkas dan lebih mudah dirinya untuk menjalankan aktiviti hariannya dengan selesa. Adakah anda dikategorikan dalam gaya personaliti ini? Atau tidak? 
Untuk mngetahui lebih lanjut mengetahui gaya personaliti anda, rujuk perunding imej bertauliah anda. 

Syasheril Al Habshee, CPIC






Undangan Berkongsi Ilmu Imej Pelajar Cemerlang Anjuran DBKL


Salam imej cemerlang,

Cemerlang dalam akademik adalah perkara yang sangat penting bagi seorang pelajar. Diiktiraf sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah satu penghargaan bagi mereka yang berusaha. Kecemerlangan akademik menjadi salah satu faktor utama dalam ukuran untuk melayakkan sesorang itu terus ke hadapan terutama sekali dalam kemasukan universiti terkemuka, pemilihan sebagai calon temuduga dan lain-lain lagi. Walaubagimanapun, untuk menjadi pelajar yang berjaya ia bukanlah sekadar melihat kecemerlangan akademik malah juga kepada kemahiran insaniah yang merangkumi tentang penampilan, tingkahlaku dan juga komunikasi. 

Diundang untuk memberikan perkongsiaan ilmu dalam memberikan celik akal kepada kepentingan imej sebagai pelajar cemerlang di Dewan Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) pada 14 Julai ini. Pendedahan kepada 200 orang pelajar cemerlang ini adalah sebagai bekalan mereka hingga sepanjang hidup mereka. Insyaallah. Antara topik yang akan disampaikan adalah imej asas dan etiket sosial. Semoga dipermudahkan. 

Syasheril Alhabshee, CPIC

Kisah Seterika dan Baju

Sangat besar impaknya, jika tidak memiliki seterika yang bersesuaian untuk menggosokkan baju untuk ke tempat kerja mahupun mana-mana majlis/ keluar dari rumah. Baju berkedut dan ia memberikan impak imej yang kurang baik kepada si pemakai.
Ini kerana First Impression/ Pandangan pertama pada imej kita sangat penting. Ia memberikan peratusan yang tinggi kepada penampilan. Orang yang melihat akan berpandangan bahawa anda seorang yang selekeh, tidak teratur dan paling buruk sekali jika dikatakan anda seorang yang pemalas. Sebaiknya rajinkan menggosok baju ye :)

30 Pemimpin Pelajar akan sertai Seminar Imej Hebat Pemimpin 12 Julai ini

Salam sejahtera,

Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sentiasa ceria dan imej yang hebat, Insyaallah.

Pemimpin adalah tunggak utama dalam sesebuah organisasi ataupun kumpulan. Sebagai pemimpin, individu itu sering menjadi contoh dan idola bagi yang lain. Situasi ini menjadikan sesuatu faktor yang besar bagi seorang pemimpin perlu memiliki imej yang hebat tidak kira dari penampilan, tingkahlaku malah juga komunikasi. 

Kali ini perkongsiaan tentang kesedaran imej yang hebat bagi seorang pemimpin dikalangan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua, Universiti Putra Malaysia akan dijalankan pada 12 Julai 2012 (Khamis), pukul 8.30pagi di Dewan Kenyalang, Kolej Kedua. Dalam perkongsiaan ini mereka didedahkan dengan penampilan pemimpin, protokol dan etiket sosial. Diharap sepanjang perkongsiaan memberikan impak yang positif terhadap imej mereka sebagai pemimpin pelajar. 

Syasheril Al Habshee, CPIC